Ciri Kecergasan (Apple)

Perisian penggunaan Kecergasan memaparkan "gelang kegiatan", menunjukkan matlamat-matlamat pergerakan harian dan menggalakkan pengguna untuk 'menutup' kesemua gelang itu pada penghujung hari. Gelang tersebut menjejak bilangan kalori pemakanan atau kilojoule yang dibakar, menjejak tempoh masa senaman dan bilangan waktu yang dihabiskan untuk berdiri sekurang-kurangnya satu minit.[2] Tanpa sambungan dengan Apple Watch, perisian itu hanya akan memaparkan gelang pergerakan pengguna sebagai senaman dan metrik berdiri tidak dapat dikira dengan menggunakan iPhone.[3] Gelang aktiviti boleh dikongsi dengan pengguna lain untuk membandingkan data dan memulakan persaingan, di mana ganjaran akan diberikan kepada mereka yang paling banyak memenuhi gelang itu dalam waktu tujuh hari.[4] Para pengguna boleh memperoleh pelbagai ganjaran berdasarkan pencapaian mereka seperti rekod peribadi atau menyertai cabaran dengan tempoh terhad. Ganjaran tersebut adalah setara dengan pin lapel atau lencana.

Kesemua senaman dirakamkan melalui aplikasi Latihan pada Apple Watch dan boleh dilihat di tab 'Ringkasan' pada aplikasi Kecergasan, yang turut disertakan dengan metrik-metrik yang relevan dan data HealthKit bergantung kepada jenis senaman. Untuk kegiatan di luar rumah, ringkasan juga termasuklah keadaan cuaca pada waktu senaman dan peta yang menandakan laluan diambil semasa bersenam. Sejak iOS15, suatu rekod bagi kegiatan kesedaran juga dipaparkan di tab ringkasan. Selepas tempoh 180 hari, aplikasi akan mula menunjukkan aliran latihan kepada pengguna mereka yang dipuratakan pada tetingkap 90 hari semasa dan masa lalu, memaparkan anak panah di sebelah metrik.[5] Anak panah itu memperlihat peningkatan atau penurunan dalam suatu aktiviti.

Rujukan

WikiPedia: Kecergasan (Apple) http://web.archive.org/web/20220908114037/https://... http://web.archive.org/web/20221025051721/https://... https://support.apple.com/ms-my/guide/iphone/iph9a... https://www.apple.com/apple-fitness-plus https://www.apple.com/apple-fitness-plus/ https://www.businessinsider.com/how-to-share-activ... https://webcache.googleusercontent.com/search?q=ca... https://www.imore.com/apple-watch-and-activity-tra... https://www.tomsguide.com/news/you-no-longer-need-... https://archive.li/41Xse